Skip to main content

Kewangan

OpenAI lancar model baharu GPT-4.5, dijangka perluas akses minggu depan

Pembangun ChatGPT, OpenAI menyatakan pada Khamis (27 Feb) bahawa ia telah mengeluarkan previu penyelidikan bagi model GPT-4.5 terbaharunya untuk pengguna Pro dan pembangunnya di seluruh dunia, dengan rancangan untuk memperluaskan aksesnya dalam masa beberapa minggu akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
OpenAI lancar model baharu GPT-4.5, dijangka perluas akses minggu depan

Ilustrasi logo ChatGPT. (Gambar: Reuters/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 28 Feb 2025 07:42AM Dikemas Kini : 28 Feb 2025 07:50AM
NEW YORK: Pembangun ChatGPT, OpenAI menyatakan pada Khamis (27 Feb) bahawa ia telah mengeluarkan previu penyelidikan bagi model GPT-4.5 terbaharunya untuk pengguna Pro dan pembangunnya di seluruh dunia, dengan rancangan untuk memperluaskan aksesnya dalam masa beberapa minggu akan datang.

GPT-4.5 dengan keupayaan yang dipertingkatkan untuk mengenali corak, berupaya menjana maklumat kreatif tanpa alasan dan pertimbangan dan berkeupayaan menunjukkan kecerdasan emosi yang lebih besar, kata syarikat itu.

OpenAI yang disokong Microsoft menyatakan bahawa ia akan mula melancarkan GPT-4.5 kepada pengguna ChatGPT Plus dan Team minggu depan, dan kemudian kepada pengguna Enterprise dan Edu pada minggu berikutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Sam Altman menyifatkannya sebagai "model gergasi, mahal," sambil mengatakan syarikat itu kehabisan kapasiti GPU (Unit Pemprosesan Grafik) untuk melancarkannya ke peringkat pengguna pada masa yang sama.

"Kami akan menambah puluhan ribu GPU minggu depan ... ini bukan cara kami mahu beroperasi, tetapi sukar untuk meramalkan lonjakan pertumbuhan dengan sempurna yang membawa kepada kekurangan GPU," katanya dalam catatan di X.

Menurut OpenAI, model itu juga mempunyai kadar "halusinasi" yang lebih rendah, isu biasa di mana model bahasa besar menjana maklumat palsu. Pada 37.1 peratus, kadar halusinasi GPT-4.5 berbanding dengan 61.8 peratus yang ditunjukkan oleh GPT-4o dan 44 peratus yang ditunjukkan oleh model o1nya.

GPT-4.5 menyokong muat naik fail dan imej dan juga boleh menghasilkan projek penulisan dan pengekodan, tetapi buat masa ini tidak menyokong ciri-ciri lanjutan lain seperti suara dan video.
Sumber : Reuters/AW/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita