Skip to main content

Kewangan

OPEC+ anjur mesyuarat jawatankuasa pemantauan menteri

Anggaran Waktu Membaca:
OPEC+ anjur mesyuarat jawatankuasa pemantauan menteri

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 02 Aug 2026 04:08PM Dikemas Kini : 02 Aug 2026 04:09PM
  • OPEC+ akan mengadakan mesyuarat JMMC pada 2 Ogos untuk membincangkan isu pengeluaran minyak.
  • Tujuh negara anggota, termasuk Rusia dan Arab Saudi, akan bertemu secara berasingan mengenai pemotongan pengeluaran sukarela.
  • Mesyuarat dijangka memberi tumpuan kepada sasaran pengeluaran minyak maksimum untuk September dan kemungkinan peningkatan sebanyak 188,000 tong sehari.
  • Tiada perubahan pada kuota keseluruhan, namun negara terlibat dijangka melepaskan semua pemotongan sukarela tambahan; mesyuarat seterusnya pada 29 November.
Dijana oleh AI
MOSKO: Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC+) akan bersidang pada Ahad (2 Ogos) untuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Menteri Bersama (JMMC), lapor Sputnik/RIA Novosti.

Tujuh negara anggotanya (Rusia, Arab Saudi, Iraq, Algeria, Kuwait, Kazakhstan dan Oman) yang melaksanakan pemotongan pengeluaran minyak secara sukarela akan bertemu secara berasingan.

Pertubuhan itu baru-baru ini tidak membuat sebarang perubahan terhadap kuota pengeluaran keseluruhannya. Sebaliknya, ia beri tumpuan kepada langkah melaksanakan pemotongan sukarela dan baru-baru ini, pemulangan semula secara beransur-ansur.

Mesyuarat pada Ahad dijangka memberi tumpuan kepada tahap pengeluaran minyak maksimum yang dibenarkan untuk September.

Penganalisis yang diwawancara oleh RIA Novosti menjangkakan tujuh negara itu akan meningkatkan sasaran pengeluaran mereka sebanyak 188,000 tong sehari, sama seperti sejak beberapa bulan lalu. Sehubungan itu, negara terbabit akan melepaskan sepenuhnya semua pemotongan pengeluaran sukarela tambahan mereka.

Mesyuarat menteri OPEC+ seterusnya dijadualkan berlangsung pada 29 November.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita