Skip to main content

Kewangan

OCBC tubuhkan program kertas komersial digital Amerika Syarikat bernilai AS$1 bilion

Anggaran Waktu Membaca:
OCBC tubuhkan program kertas komersial digital Amerika Syarikat bernilai AS$1 bilion

Logo baru OCBC. (Gambar: OCBC)

Diterbitkan : 25 Aug 2025 01:46PM Dikemas Kini : 25 Aug 2025 01:48PM
SINGAPURA: Bank kedua terbesar Singapura, Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC) menyatakan pada Isnin (25 Ogos) bahawa ia menubuhkan program kertas komersial digital Amerika Syarikat bernilai AS$1 bilion (S$1.28 bilion), memperkukuh kemampuan pembiayaan dolar Amerika Syarikatnya.

Kertas komersial Amerika adalah sumber pembiayaan yang agak jimat, yang digunakan oleh syarikat untuk memenuhi keperluan aliran tunai segera.

Melalui program itu, OCBC bertujuan untuk memanfaatkan pasaran kertas komersial Amerika yang bernilai AS$1.4 trilion (S$1.8 trilion).

Bank itu menggunakan teknologi 'blockchain' untuk menubuhkan program ini, yang akan melengkapi program kertas komersial konvensional Amerika bernilai AS$25 bilion (S$32 bilion) yang ditubuhkan pada Ogos 2011.

Aplikasi Digital Debt Service milik JP Morgan akan bertindak sebagai peniaga tunggal.

Dana yang dikumpul akan digunakan untuk tujuan pembiayaan am, kata OCBC.

"Ekosistem 'blockchain' Singapura sedang berkembang pesat, dan penukaran aset kepada token semakin mendapat momentum sebenar.

"Fokus kami kini tertumpu pada pengkomersialan," kata Kenneth Lai, ketua pasaran global OCBC.
Sumber : CNA/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita