OCBC tawar AS$700j untuk peroleh baki 6.28% saham Great Eastern
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC) menawarkan S$900 juta untuk membeli sebahagian besar daripada saham syarikat insurans Great Eastern yang belum dimilikinya, iaitu hampir setahun selepas gagal menguasai firma itu sepenuhnya.
Di bawah tawaran keluar bersyarat yang diumumkan pada Jumaat (6 Jun), OCBC menawarkan S$30.15 bagi 6.28 peratus saham syarikat insurans itu yang tidak dimilikinya.
Ini meletakkan nilai Great Eastern sebanyak S$14.27 bilion dan membuka laluan bagi syarikat insurans itu diperolehi secara privet daripada pemiliknya.
Pada Mei 2024, OCBC menawarkan S$25.60 bagi setiap satu unit saham untuk mendapatkan 11.56 peratus kepentingan Great Eastern.
Tawaran keluar baharu itu mencerminkan premium 17.8 peratus daripada tawaran sebelumnya.
Tawaran akhir daripada bank kedua terbesar Singapura itu merupakan percubaan keempatnya untuk memperolehi sepenuhnya Great Eastern, menyusuli tiga bidaan sebelumnya sejak tahun 2004.
OCBC memiliki 93.72 peratus saham syarikat insurans itu.
Namun jumlah saham pegangannya masih kurang daripada ambang yang diperlukan untuk mengeluarkan syarikat itu daripada senarai bursa atau melancarkan pemerolehan wajib.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.