Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

OCBC raih untung S$1.6 bilion pada suku ke-3, lonjak 31%

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC), pemberi pinjaman kedua terbesar di Asia Tenggara, mengatasi anggaran pasaran dengan mencatat kenaikan 31 peratus keuntungan pada suku ketiga.

Ia didorong oleh lonjakan dalam pendapatan faedah bersih yang lebih tinggi.

Keputusan itu sejajar dengan prestasi kukuh yang dicatatkan bank di Singapura selepas Kumpulan DBS melaporkan lonjakan 32 peratus keuntungan manakala laba bersih Kumpulan UOB pula cecah paras rekod 34 peratus.
Bank di Singapura yang mempunyai salah satu perlindungan modal paling kukuh di dunia berjaya mengharungi kemerosotan akibat COVID-19 dan kini mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi di Asia.

Namun, para pengamat berkata pertumbuhan itu mungkin terjejas akibat kenaikan besar dalam kadar faedah Amerika Syarikat (AS), ketika bank pusat itu berusaha untuk menangani inflasi.

Keuntungan bersih OCBC meningkat kepada S$1.6 bilion bagi tempoh Julai hingga September berbanding anggaran purata S$1.55 bilion daripada empat pengamat, menurut data Refinitiv.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan