Skip to main content

Kewangan

NTUC sokong usaha latih semula, pertingkat kemahiran pekerja pengangkutan merata dunia

Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa (ITF) dan Institut Kepimpinan Buruh Ong Teng Cheong (OTCi) akan menandatangani perjanjian untuk membantu para pekerja di seluruh dunia menajamkan kemahiran mereka menurut ITF dalam kenyataan medianya pada Ahad (14 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC sokong usaha latih semula, pertingkat kemahiran pekerja pengangkutan merata dunia

(Gambar: ITF)

Diterbitkan : 14 Oct 2018 05:18PM Dikemas Kini : 14 Oct 2018 08:54PM

SINGAPURA: Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa (ITF) dan Institut Kepimpinan Buruh Ong Teng Cheong (OTCi) akan menandatangani perjanjian untuk membantu para pekerja di seluruh dunia menajamkan kemahiran mereka sedang automasi merubah industri pengangkutan di peringkat global, menurut ITF dalam kenyataan medianya pada Ahad (14 Okt).

Sepanjang tempoh tiga tahun akan datang, ITF dan OTCi, yang merupakan cabang latihan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), akan menjalankan kajian ke atas model Singapura dalam membantu tenaga kerja mengharungi transformasi digital, kata Setiausaha Agung ITF, Stephen Cotton.

Program latihan itu akan dibangunkan untuk para pemimpin kesatuan antarabangsa untuk mendidik mereka tentang apa yang perlu dilakukan oleh para pekerja untuk bersiap sedia menghadapi perubahan pada pekerjaan mereka.

Bengkel atau sesi bilik darjah mungkin iadakan di Singapura untuk para pemimpin kesatuan ini, kata Encik Cotton.

ITF akan melaburkan sekitar S$906,000 dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi program itu, tambahnya lagi.

Perjanjian tersebut akan ditandatangani sempena Kongres ke-44 Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa, yang berlangsung di Singapura minggu ini.

Model perikatan tiga pihak di Singapura antara kesatuan, majikan dan pemerintah adalah sesuatu yang boleh dicontohi dan diadaptasikan oleh semua peserta. Ia juga menjadi antara sebab utama kongres ini diadakan di sini tahun ini, menurut Encik Cotton.

Dalam ucapannya, Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng mengongsi strategi Singapura memastikan kejayaan ekonomi dan perniagaan demi mewujudkan keadaan yang dapat melindungi gaji, kemaslahatan dan prospek kerjaya bagi para pekerja.

"Gerakan buruh Singapura mahu pastikan para pekerja kami bersedia menghadapi perubahan," kata Encik Ng.

"Kami ingin merubah para pekerja menjadi Pekerja 4.0 yang relevan dan juga boleh berfungsi dalam pekerjaan-pekerjaan yang baru atau yang diubah suai

"Bagi kami, Pekerja 4.0 adalah mereka yang mempunyai kemahiran untuk berubah serta kemahiran teknologi dan teknikal. Ini akan mengupayakan mereka untuk bersedia melakukan pekerjaan baru, siap dengan kemahiran baru dan berdaya tahan mengharungi pekerjaan baru."

Ini merupakan kali pertama kongres ini diadakan di sebuah negara di Asia Tenggara sejak perhimpunan pertama, 122 tahun yang lalu.

Seramai 2,400 peserta yang mewakili 600 kesatuan dari 140 negara akan membincangkan isu-isu dalam sektor maritim, penerbangan dan pengangkutan darat, dan penyertaan lebih ramai pekerja pengangkutan dari kalangan wanita dan belia.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita