Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

NTUC, kesatuan industri pengurusan strata & kemudahan laksana Model Gaji Progresif

Gerakan Buruh sedang berusaha untuk melaksanakan Model Gaji Progresif bagi Industri Pengurusan Strata dan Kemudahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2021 07:20PM Dikemas Kini : 22 Oct 2021 09:33PM

SINGAPURA: Gerakan Buruh sedang berusaha untuk melaksanakan Model Gaji Progresif bagi Industri Pengurusan Strata dan Kemudahan.

Dalam satu catatan Facebook, Timbalan Setiausaha Agungnya, Chee Hong Tat berkata Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC)
dan Kesatuan Pekerja Binaan Bangunan dan Industri Balak (BATU) sedang membincangkan saranan tersebut dengan agensi-agensi pemerintah.

Encik Chee berkata ini akan menawarkan lebih 5,000 pekerja, kebanyakannya golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dengan gaji dan pembangunan kerjaya lebih baik.

Encik Chee menambah, ini adalah situasi yang saling memberi manfaat kepada majikan dan pekerja.

Ia akan membantu menarik dan mengekalkan dengan lebih baik, para pekerja tempatan.

Menurut beliau lagi, ia juga menawarkan peluang sama rata bagi para majikan yang baik.

Usaha mereka untuk bekerjasama dengan pihak kesatuan dan mewujudkan tenaga kerja berteraskan rakyat Singapura boleh diiktiraf oleh Tanda Gaji Progresif. 

Sumber : CNA/EM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan