Skip to main content

Kewangan

NODX tumbuh 7.2 peratus berbanding 8.9 peratus pada suku sebelumnya

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Nov 2022 04:39PM Dikemas Kini : 23 Nov 2022 09:31PM
SINGAPURA: Perdagangan Singapura dijangka tidak akan tumbuh, malah mungkin menurun tahun depan, sedang harga minyak dijangka rendah.

Enterprise Singapore menjangkakan pertumbuhan negatif dua peratus hingga sifar bagi eksport domestik bukan minyak (NODX) dan jumlah dagangan barangan pada 2023.

Sementara itu Singapura menaikkan ramalan NODX kepada enam peratus bagi keseluruhan 2022 semasa semakan suku ketiga.

Ini hasil prestasi lebih baik daripada jangkaan yang dipacu dagangan minyak dan elektronik.

Bagaimanapun eksport elektronik merosot dalam suku ketiga selepas pertumbuhan sembilan suku berturut-turut.

Ini menyebabkan eksport domestik bukan minyak tumbuh hanya 7.2 peratus berbanding 8.9 peratus dalam suku sebelumnya.
Sumber : CNA/AA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita