NODX Singapura naik 1.6% pada November
Eksport bukan minyak Singapura (NODX) berkembang 1.6 peratus pada November berbanding tempoh yang sama tahun lalu, ekoran peningkatan pada penghantaran barangan bukan elektronik.

Kontena-kotena di terminal pelabuhan Keppel di Singapura. (Foto fail: AFP/ROSLAN RAHMAN)
SINGAPURA: Eksport bukan minyak Singapura (NODX) berkembang 1.6 peratus pada November berbanding tempoh yang sama tahun lalu, ekoran peningkatan pada penghantaran barangan bukan elektronik. Ia berbanding 1.5 peratus penguncupan yang berlaku dalam Oktober lalu.
Berdasarkan dari bulan ke bulan, NODX meningkat 2.9 peratus.
Penghantaran barangan elektronik merosot 10.2 peratus pada November, berpunca dari kemerosotan eksport bahagian-bahagian litar bersepadu (IC), serta bahagian-bahagian komputer peribadi (PC) dan IC.
Namun eksport bukan elektronik berkembang 7.5 peratus, yang dirangsang oleh sektor farmaseutikal, peralatan cetak serta peralatan penyejuk dan penghangat.
Tiga negara penyumbang utama pertumbuhan NODX ialah Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.