Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

NODX SG susut 25%, jatuh 4 bulan berturut-turut

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (NODX) Singapura jatuh buat empat bulan berturut-turut pada Januari disebabkan permintaan bukan elektronik yang kurang cergas.

NODX merosot sebanyak 25 peratus pada Januari daripada asas tinggi pada tempoh sama tahun lalu, selepas jatuh 20.6 peratus pada Disember.

Menurut data yang dikeluarkan Enterprise Singapore, (EnterpriseSG) pada Jumaat (17 Feb), produk bukan elektronik menguncup sebanyak 24.5 peratus, selepas susut 21.3 peratus pada Disember.

Barangan elektronik juga mencatat kejatuhan sebanyak 26.8 peratus, berikutan penguncupan 17.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Produk litar bersepadu, media cakera dan bahagian komputer peribadi masing-masing turun sebanyak 31.5 peratus, 36.1 peratus dan 42.6 peratus.

Dari segi pasaran pula, EnterpriseSG berkata kiriman NODX ke 10 pasaran utama Singapura merosot secara keseluruhan.

Ini terutamanya disebabkan kejatuhan dalam penghantaran ke China, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

Bagaimanapun trend lebih positif disaksikan bagi pasaran Kesatuan Eropah dan Jepun.

Secara keseluruhannya, jumlah dagangan merosot 10.4 peratus pada Januari, berbanding tempoh yang sama tahun lalu selepas menguncup 7.7 peratus pada bulan sebelumnya.

EnterpriseSG menyatakan pada awal minggu ini bahawa ia menjangkakan prestasi dagangan Singapura bagi seluruh 2023 menjadi sederhana daripada asas tinggi tahun lepas.

Agensi itu mengekalkan unjuran pertumbuhan sebanyak -2 peratus hingga 0 peratus bagi kedua-dua jumlah dagangan barangan dan NODX.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan