Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Nissan, Honda mungkin batal rancangan bergabung

Anggaran Waktu Membaca:
Nissan, Honda mungkin batal rancangan bergabung

Presiden dan CEO Nissan Makoto Uchida (dalam gambar) menghadiri sidang media bersama Presiden dan Pegawai Eksekutif Wakil Honda Toshihiro Mibe, dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Takao Kato, di Tokyo pada 23 Dis 2024. (Gambar: Philip FONG / AFP)

Diterbitkan : 05 Feb 2025 11:55AM Dikemas Kini : 05 Feb 2025 11:57AM
TOKYO: Dua syarikat pembuat kenderaan terkemuka Jepun, Nissan dan Honda, dilaporkan mungkin membatalkan rancangan untuk bergabung.

Akhbar Asahi Shimbun pada Rabu (5 Feb) melaporkan bahawa Honda telah menyarankan agar Nissan menjadi anak syarikatnya.

Namun Nissan dikatakan menolaknya.

Bloomberg News melaporkan bahawa lembaga pengarah Nissan mungkin mengadakan mesyuarat seawal petang Rabu dan para anggotanya dipercayai akan menolak saranan Honda itu secara rasmi.

Honda adalah pengeluar kereta kedua terbesar Jepun manakala Nissan, ketiga.

Rancangan kedua-duanya sebelum ini untuk bergabung, mencerminkan ancaman besar dari syarikat pengeluar kereta China BYD dan para pengeluar baharu kenderaan elektrik.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan