Ninja Van pecat 5% tenaga kerja di SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Ninja Van
SINGAPURA: Syarikat penyedia logistik Ninja Van memberhentikan kira-kira lima peratus kakitangannya di Singapura.
Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Isnin (1 Jul), seorang jurucakap Ninja Van sedia maklum bahawa meskipun e-dagang kekal berdaya saing di Asia Tenggara, mereka "menyedari keperluan untuk mempelbagaikan jenama mereka menjangkaui e-dagang bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang pertubuhan itu".
Sejajar dengan hala tuju kumpulan tersebut, kami telah mengkaji semula peranan dalam organisasi itu untuk menilai penyelarasannya dengan keperluan masa depan kami," kata syarikat itu, yang dilancarkan di Singapura pada 2014 dan beroperasi di seluruh Asia Tenggara.
"Malangnya, sekalipun terdapat usaha kami untuk membendung kesannya, kami masih tidak dapat mengelak daripada melaksanakan langkah untuk memecat lima peratus daripada rakan sekerja kami di Singapura."
Langkah memecat kakitangan Ninja Van baru-baru ini dilaksanakan selepas syarikat itu memberhentikan kira-kira 10 peratus daripada pasukan teknologi di rantau ini pada April lalu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.