Skip to main content

Kewangan

Ninja Van kumpul dana AS$578 juta, tarik Alibaba sebagai pelabur baru

Penyedia khidmat logistik Ninja Van menambah Alibaba Group sebagai pelabur barunya selepas berjaya mengumpul AS$578 juta (S$782.3 juta), umum firma yang berpangkalan di Singapura itu pada Ahad (26 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Ninja Van kumpul dana AS$578 juta, tarik Alibaba sebagai pelabur baru

(Gambar fail: Mediacorp)

Diterbitkan : 26 Sep 2021 05:18PM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 05:20PM

SINGAPURA: Penyedia khidmat logistik Ninja Van menambah Alibaba Group sebagai pelabur barunya selepas berjaya mengumpul AS$578 juta (S$782.3 juta), umum firma yang berpangkalan di Singapura itu pada Ahad (26 Sep).

Pelabur dalam pusingan pendanaan Siri E termasuk pelabur sedia ada Geopost/DPDgroup, B Capital Group, Monk's Hill Ventures, dan Zamrud, entiti berkait dengan sebuah dana negara Asia Tenggara.

Dana tersebut akan disalurkan bagi pembangunan sistem prasarana dan teknologi yang "menyokong struktur kos mampan jangka panjang", menurut Ninja van dalam satu kenyataan.

Ninja Van dilancarkan pada 2014 dan rangkaian logistik syarikat itu kini meliputi Singapura Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, dan Filipina.

Ia juga menggajikan lebih 61,000 kakitangan dan pekerja penghantaran dengan sekitar 2 juta bungkusan dihantar di rantau ini setiap hari.

Sumber : Reuters/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita