Skip to main content

Kewangan

Nilai saham bank SG jatuh hampir S$49 bilion gara-gara tarif Trump

Saham tiga bank tempatan mencatat paras terendah dalam tempoh lebih tujuh bulan, tetapi kebimbangan yang semakin meningkat terhadap tarif perdagangan boleh menyebabkan harga saham terus bergolak, kata para penganalisis.

Anggaran Waktu Membaca:
Nilai saham bank SG jatuh hampir S$49 bilion gara-gara tarif Trump

Barisan mesin ATM di Singapura. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 10 Apr 2025 07:16AM Dikemas Kini : 10 Apr 2025 07:17AM
SINGAPURA: Saham tiga bank tempatan mencatat paras terendah dalam tempoh lebih tujuh bulan, tetapi kebimbangan yang semakin meningkat terhadap tarif perdagangan boleh menyebabkan harga saham terus bergolak, kata para penganalisis.

Menukil kemungkinan risiko kredit yang lebih tinggi, di samping permintaan dan pendapatan pinjaman yang lebih lemah, sesetengah penganalisis pasaran telah menurunkan ramalan mereka bagi ketiga-tiga bank tempatan dan harga saham mereka sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Ketiga-tiga bank tempatan itu telah mencatatkan penurunan dua angka sejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan tarif menyeluruh ke atas berpuluh-puluh negara seminggu lalu, mencetuskan kebimbangan berlaku perang dagang global dan kemelesetan ekonomi.

Tindak balas terbaharu China untuk mengenakan 84 peratus tarif ke atas barangan Amerika mulai Khamis (10 Apr) akan meningkatkan lagi kebimbangan itu.

DBS, yang menutup sesi dagang pada Rabu (9 Apr) pada harga S$37.16, telah mengalami kemerosotan sebanyak 19 peratus sejak tarif pertama kali dilaksanakan pada 2 Apr.

Saham OCBC, kali terakhir dilihat pada harga S$14.42, rugi 16 peratus sepanjang lima sesi dagang yang lalu, manakala harga saham UOB ditutup pada S$30.99 pada Rabu (9 Apr), menandakan kemerosotan sebanyak 18 peratus.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga pemiutang tempatan itu telah mengalami kemerosotan nilai pasaran sekitar S$48.8 bilion sejak 2 Apr, berdasarkan pengiraan Mediacorp.

Sungguhpun demikian, penurunan tersebut mungkin menyaksikan beberapa perubahan selepas Presiden Trump mengumumkan pada Rabu (9 Apr) penggantungan tarif selama 90 hari untuk kebanyakan negara, dalam satu langkah yang menyaksikan harga saham melonjak di Wall Street.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita