Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Nilai ringgit terus naik berbanding dolar AS

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum positifnya pagi ini (25 Nov), meningkat sebanyak 0.38 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan urus niaga, sekali gus mencerminkan sentimen menggalakkan selepas kemelut politik semasa di dalam negara selesai.

Selain itu, pasaran turut mengambil petunjuk daripada isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengenai penurunan dalam kenaikan kadar.

Pada jam 9.00 pagi, mata wang tempatan terus menambah nilai kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.4910/5000.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pergerakan aktif dalam pasaran saham Malaysia berikutan pelantikan Encik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, turut membantu ringgit untuk menarik pelabur asing.

Pengerusi Pakatan Harapan itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di Istana Negara pada Khamis (24 Nov).

“Bagaimanapun, pemacu sentimen utama pada masa hadapan ialah kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan seperti yang terkandung dalam minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC),” katanya kepada Bernama.

Namun begitu, pasaran dijangka lengang kerana AS akan meraikan cuti  Hari Kesyukuran pada hujung minggu ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.
Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan