Skip to main content

Kewangan

Niaga sewa kenderaan naik 30% Lebaran kali ini berbanding tahun lalu

Permintaan bagi kereta sewa pasti melonjak setiap kali Lebaran tiba.
 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Mar 2025 08:14PM Dikemas Kini : 16 May 2025 03:40PM
  • Tahun ini, sesetengah syarikat sewa kenderaan menyaksikan perniagaannya melonjak sekitar 30 peratus berbanding tahun lalu.
  • Seorang penyewa bas, Nuraini Kamilah, mengatakan sewaan bas dapat mempermudahkan perjalanan bagi Hari Raya.
  • Menurut pemilik syarikat sewa bas permintaan untuk bas sederhana dan besar meningkat, dengan kesemua basnya penuh ditempah sepanjang hujung minggu ini.
  • Disebabkan harga COE yang naik, permintaan bagi menyewa kereta juga menjadi semakin popular.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Permintaan bagi kereta sewa pasti melonjak setiap kali Lebaran tiba.

Tahun ini, sesetengah syarikat sewa kenderaan menyaksikan perniagaannya melonjak sekitar 30 peratus berbanding tahun lalu.

Ini termasuk sewaan bagi bas yang boleh menampung sehingga 23 penumpang.

Seorang penyewa bas, Nuraini Kamilah, mengatakan sewaan bas dapat mempermudahkan perjalanan bagi Hari Raya.

"Kalau tahun-tahun lepas, kita naik kereta, satu keluarga satu kereta, nanti dia jadi macam susah nak selaraskan. Jadi, tahun ni kita naik bas jadi senang. Semua dalam bas, tak perlu nak telefon masing-masing 'awak di mana, awak di mana'" katanya.

Dalam pada itu, menurut pemilik syarikat sewa bas permintaan untuk bas sederhana dan besar meningkat, dengan kesemua basnya penuh ditempah sepanjang hujung minggu ini.

"Ia meningkat sekitar 30 peratus. Mungkin khidmat kongsi kereta, kos kereta (lebih tinggi), sewa kereta dan semua mahu berada di satu tempat bersama-sama, mahu bergerak sama-sama," kata pengarah dan pemilik syarikat Singapore Bus Charter, Jitesh Dhillon.

Begitu juga bagi syarikat khidmat sewa kereta. Disebabkan harga COE yang naik, permintaan bagi menyewa kereta juga menjadi semakin popular.

Seorang penyewa kereta, Huda Ibrahim berkata, "Tentu sekali kosnya lebih tinggi jika kami menaiki pengangkutan awam, dari segi Grab atau teksi dan sebagainya. Kami perlu pergi ke tempat berbeza-beza, kawasan berbeza-beza."

Dan, sempena Aidilfitri tahun ini, kenderaan popular semasa Lebaran adalah jenis SUV besar.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita