Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Netflix rancang kurangkan perbelanjaan sebanyak AS$300 juta tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
Netflix rancang kurangkan perbelanjaan sebanyak AS$300 juta tahun ini

(Gambar: Patrick T. Fallon/AFP)

WASHINGTON: Syarikat Netflix Inc merancang untuk mengurangkan perbelanjaannya sebanyak AS$300 juta (S$402 juta) tahun ini, lapor Wall Street Journal pada Jumaat (12 Mei), memetik sumber yang sedia maklum akan isu tersebut. 

Ketua-ketua syarikat menggesa kakitangannya agar berhemat semasa berbelanja, termasuk berkaitan pengambilan pekerja baru. Namun, mereka turut mengatakan, syarikat itu tidak akan menggantung pengambilan pekerja atau memberhentikan lebih ramai kakitangannya, menurut laporan tersebut. 

Netflix bagaimanapun enggan mengulas. Saham syarikat tersebut merosot hampir dua peratus dalam perdagangan awal, lapor Reuters. 

Bulan lalu, Netflix mengatasi anggaran buat suku pertama tetapi memberi ramalan lebih muram daripada jangkaan, lantas mencerminkan cabaran yang dihadapinya dalam mengejar pertumbuhan. 

Syarikat tersebut menyatakan ia menundakan pelancaran sebuah rancangan lebih meluas untuk mengambil tindakan keras terhadap perkongsian kata laluan tanpa kebenaran ke suku kedua demi membuat penambahbaikan. 

Sedang wadah penstriman video itu menghadapi persaingan, ia sedang meneroka kaedah baru untuk menjana keuntungan, seperti tindakan keras terhadap kata laluan dan perkhidmatan baru yang ditampung iklan. 

Netflix pada Jun turut membuang 300 kakitangannya, atau sekitar empat peratus daripada tenaga kerjanya, dalam pusingan kedua pemberhentian pekerja untuk mengurangkan kos operasi. 

Sumber : Reuters/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan