Skip to main content

Kewangan

Nestle cuba hasil telur, udang berasaskan sayuran

Nestle akan menawarkan makanan alternatif berasaskan sayuran bagi menggantikan telur dan udang, menurut gergasi makanan dari Switzerland itu pada Khamis (7 Okt) bagi merebut pasaran makanan "vegan" atau mereka yang tidak makan daging.

Anggaran Waktu Membaca:
Nestle cuba hasil telur, udang berasaskan sayuran

(Gambar hiasan: John Thys/AFP)

Diterbitkan : 07 Oct 2021 11:03PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 11:04PM

ZURICH: Nestle akan menawarkan makanan alternatif berasaskan sayuran bagi menggantikan telur dan udang, menurut gergasi makanan dari Switzerland itu pada Khamis (7 Okt) bagi merebut pasaran makanan "vegan" atau mereka yang tidak makan daging.

Syarikat pengeluar produk coklat sehingga kopi dan makanan bayi itu sejak beberapa tahun lalu menumpukan lebih perhatian terhadap permintaan pasaran makanan sihat dan kesejahteraan yang semakin meningkat.

Terkini, ia menawarkan "vEGGie" dan "Vrimp".

vEGGie menggantikan telur dihasilkan daripada protein soya dan lemak asid omega-3 manakala Vrimp dibuat daripada campuran rumpai laut, kacang pea dan keladi gajah.

"vEGGie boleh digoreng seperti telur biasa, digunakan dalam friata atau lempeng, malah boleh disertakan sebagai bahan membuat kek atau biskut,"menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

"Vrimp pula diadun supaya tekstur, rasa asli udang dikekalkan."

Dua produk tersebut akan ditawarkan menerusi pelancaran projek 'uji dan belajar' di beberapa kedai sekitar Switzerland dan Jerman.

Pasaran bagi produk daging dan tenusu alternatif kini mencecah AS$14 billion (S$19 bilion), menurut kajian pada Jun lalu oleh bank Switzerland, Credit Suisse yang turut mengunjurkan ia boleh meningkat sehingga AS$1.4 trilion (S$1.9 trilion)menjelang 2050.

Menurut Credit Suisse, lebih 600 syarikat, baik yang baru bermula hingga syarikat makanan bebrling negara, kini sedang menghasilkan makanan alternatif bebas daging, hasil laut dan produk tenusu.

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita