Skip to main content

Kewangan

Negara-negara Asia mungkin wajibkan suntikan vaksin COVID-19 bagi pengunjung, kata CEO AirAsia

Pemerintah di Asia mungkin akan memastikan pelancong yang tiba di negara masing-masing diperlukan mengambil vaksin COVID-19, kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group pada Rabu (9 Dis), dengan syarat seperti itu dijangka menjadi trend di rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Negara-negara Asia mungkin wajibkan suntikan vaksin COVID-19 bagi pengunjung, kata CEO AirAsia

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes. (Gambar: AFP/Sadiq Asyraf)

Diterbitkan : 09 Dec 2020 11:11PM Dikemas Kini : 09 Dec 2020 11:12PM

KUALA LUMPUR: Pemerintah di Asia mungkin akan memastikan pelancong yang tiba di negara masing-masing diperlukan mengambil vaksin COVID-19, kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group pada Rabu (9 Dis), dengan syarat seperti itu dijangka menjadi trend di rantau ini.

"Saya dapat melihatnya dilakukan di Asia, saya rasa mereka tidak akan membiarkan sesiapa pun masuk tanpa sudah menerima suntikan vaksin," kata Tony Fernandes di acara Pusat CAPA bagi penerbangan.

Encik Fernandes berkata syarikat penerbangan tidak mungkin akan menetapkan syarat tersebut untuk pelancong.

"Ia bukan terserah kepada syarikat penerbangan untuk memutuskannya. Ini adalah keputusan pemerintah sama ada mereka akan membenarkan orang masuk jika mereka belum lagi diberi suntikan vaksin," katanya.

Bantahan daripada industri penerbangan terhadap mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 bagi penumpang semakin lantang kedengaran mengenai peranan suntikan vaksin dalam perjalanan udara.

Qantas Airways adalah syarikat penerbangan pertama yang mengumumkan pihaknya akan mewajibkan suntikan vaksin COVID-19 bagi penumpangnya dalam penerbangan antarabangsa akan datang, yang kini kebanyakannya digantung kerana kawalan sempadan ketat Australia.

"Kami percaya bahawa penumpang yang sudah diberi suntikan vaksin akan menjadi satu keperluan untuk masuk ke banyak negara di masa depan. Dan untuk satu tempoh masa, syarat-syarat yang sama diperlukan bagi (menjalani) vaksin atau ujian negatif sebelum penerbangan," kata Todd Handcock, presiden Asia Collinson Group bagi Asia Pasifik, pemilik ruang rehat eksklusif Priority Pass di lapangan terbang.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita