Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Negara anggota G7 capai kata sepakat kenakan cukai terhadap MNC gergasi

Perkumpulan negara paling mewah di dunia mencapai satu perjanjian bersejarah pada Sabtu (5 Jun) untuk mengetatkan sebarang kelemahan cukai rentas sempadan yang sesetengah syarikat terbesar di dunia cuba mengelakkan bayaran cukai.

Anggaran Waktu Membaca:
Negara anggota G7 capai kata sepakat kenakan cukai terhadap MNC gergasi

Menteri kewangan anggota G7 bersidang di Lancaster House di London, pada 5 Jun 2021. (Gambar: Henry Nicholls/Pool Photo via AP)

Diterbitkan : 05 Jun 2021 11:51PM Dikemas Kini : 05 Jun 2021 11:56PM

LONDON: Perkumpulan negara paling mewah di dunia mencapai satu perjanjian bersejarah pada Sabtu (5 Jun) untuk mengetatkan sebarang kelemahan cukai rentas sempadan yang sesetengah syarikat terbesar di dunia cuba mengelakkan bayaran cukai.

Menurut G7, ia akan menyokong kadar cukai korporat global minimum sekurang-kurangnya 15 peratus dan melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan cukai dibayar di negara-negara di mana syarikat-syarikat sedemikian beroperasi.

"Setelah bertahun-tahun berunding, menteri-menteri kewangan G7 telah mencapai kata sepakat bersejarah untuk menyusun semula sistem cukai global untuk menjadikannya lebih sesuai dengan era digital global," kata Menteri Kewangan Britain, Rishi Sunak kepada para wartawan.

Perjanjian itu, yang boleh membentuk asas perjanjian global pada bulan depan, bermatlamat untuk menamatkan "perlumbaan selama berdekad-dekad" di mana negara-negara saling bersaing untuk memikat gergasi-gergasi korporat dengan menawarkan pengecualian dan kadar cukai yang sangat rendah.

Ini kemudian menjejas pendapatan mereka bernilai beratus-ratus bilion dolar - kekurangan yang mereka sekarang perlu mendapatkan semula dengan segera untuk menampung ekonomi-ekonomi yang terjejas teruk akibat krisis COVID-19.

Para menteri mengadakan rundingan empat mata di London buat julung-julung kalinya sejak pandemik COVID-19 mula menular.

Menurut salinan perjanjian muktamad yang dilihat oleh Reuters, para menteri G7 berkata mereka "komited untuk mengenakan cukai minimum global sekurang-kurangnya 15 peratus mengikut negara masing-masing".

"Kami kekal komited untuk mencapai penyelesaian yang adil mengenai peruntukan hak pengenaan cukai, dengan negara-negara pasaran diberikan hak cukai berdasarkan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada hasil keuntungan melebihi margin 10 peratus untuk syarikat-syarikat berbilang negara terbesar dan yang paling menguntungkan," tambah teks itu.

Para menteri juga bersetuju untuk bergerak ke arah membuat syarikat-syarikat mengisytiharkan kesan mereka terhadap alam sekitar dengan cara yang lebih seragam agar para pelabur dapat membuat keputusan dengan lebih mudah sama ada untuk membiayai mereka, yang turut menjadi matlamat utama bagi Britain.

Sumber : Reuters/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa