Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Naiise gulung tikar; pengasasnya fail permohonan muflis

Peruncit tempatan dengan pelbagai label, Naiise, akhirnya terpaksa gulung tikar setelah dibebani dengan masalah kewangan, dengan rakan kongsi dan pemiutang perdagangan masih belum dibayar lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Naiise gulung tikar; pengasasnya fail permohonan muflis

(Gambar: Naiise, The Cathay)

Diterbitkan : 15 Apr 2021 06:16PM Dikemas Kini : 15 Apr 2021 06:26PM

SINGAPURA: Peruncit tempatan dengan pelbagai label, Naiise, akhirnya terpaksa gulung tikar setelah dibebani dengan masalah kewangan, dengan rakan kongsi dan pemiutang perdagangan masih belum dibayar lagi.

Pengasas Naiise Dennis Tay pada Khamis (15 Apr) turut mendedahkan bahawa beliau juga akan memfailkan permohonan muflis.

Menulis di akaun Instagram Naiise, Encik Tay berkata tempoh dua tahun yang lalu sangat mencabar baginya dan beberapa minggu kebelakangan ini adalah "tempoh yang paling sukar bagi dirinya" dan beliau turut memohon maaf kepada rakan-rakan jenama yang meletakkan kepercayaan kepadanya dan hutang dengan rakan-rakan jenama itu juga belum dilunaskan.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa keadaan menjadi sedemikian kerana beliau tidak lagi mampu untuk melunaskannya dan bukan kerana tidak mahu melangsaikan hutang dan pinjaman.

Dalam usaha untuk membayar balik para pemiutang, Encik Tay berkata bahawa beliau telah menghabiskan simpanannya dan juga banyak meminjam wang dari bank untuk memastikan perniagaannya dapat terus bertahan dengan harapan Naiise akan dapat mengatasi masa sukar ini.

"Saya juga menandatangani jaminan peribadi untuk pinjaman ini, kerana selagi Naiise masih dapat bertahan, maka Naiise mungkin berpeluang untuk membayar balik, walaupun selewat mana pun."

"Malangnya, saya sekarang kehabisan masa dan pilihan," katanya, sambil menambah bahawa beliau memutuskan pada Khamis untuk membubarkan Naiise, dengan laman webnya menghentikan operasi sepenuhnya sekitar 11.50 malam pada Rabu.

"Tidak lama lagi, saya juga akan memfailkan permohonan muflis buat diri saya sendiri," kata Encik Tay.

“Sebagai pemilik perniagaan, saya yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. Saya meminta maaf kepada para pekerja yang terpaksa saya berhentikan. Mereka membantu membina Naiise dan saya menganggap ramai daripada mereka sebagai kawan saya. "

Encik Tay turut memohon maaf kepada mereka yang masih belum menerima bayaran dan juga para penjual yang terpaksa menutup operasi secara tiba-tiba. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada mereka yang "melalui susah dan senang" bersama Naiise.

Naiise mencipta nama sebagai penjual online saja pada 2013 sebelum membuka cawangan-cawangan fizikal di The Central, Westgate Mall, Paya Lebar Quarter dan Jewel Lapangan Terbang Changi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan