Musim hujan tidak jejas perniagaan dan rancangan percutian penduduk tempatan
Musim tengkujuh sekarang tidak menjejas perniagaan dan rancangan percutian para penduduk tempatan. Ramai yang masih berkunjung di kawasan-kawasan riadah terbuka yang menyediakan kemudahan bermain bola tampar pantai, berbasikal dan "glamping".
SINGAPURA: Musim tengkujuh sekarang tidak menjejas perniagaan dan rancangan percutian para penduduk tempatan.
Ramai yang masih berkunjung di kawasan-kawasan riadah terbuka yang menyediakan kemudahan bermain bola tampar pantai, berbasikal dan 'glamping'.
Khemah-khemah untuk kegiatan 'glamping' sudah habis ditempah bagi tempoh musim perayaan sekarang.
Bagaimanapun kejadian pokok tumbang di Sembawang Park baru-baru ini agak membimbangkan sesetengah orang.
Syarikat penyedia khidmat itu telah mengambil beberapa langkah tertentu sekiranya berlaku hujan lebat.
Antaranya, mengerahkan pengurus lapangan bagi menundakan kegiatan "glamping" jika cuaca buruk.
Sebuah kedai sewa basikal pula menyatakan musim monsun sekarang tidak menjejas perniagaannya kerana ia serentak dengan cuti sekolah.
Pihaknya juga telah menyediakan baju hujan pakai buang.
Selain itu "basikal-basikal keluarga" menyediakan perlindungan bagi mereka yang mahu berteduh daripada hujan atau terik matahari.
Bagi ramai yang lain, cuaca panas menarik mereka ke kawasan terbuka tetapi sentiasa berjaga-jaga jika melihat tanda-tanda perubahan cuaca.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.