Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

M'sia, Indonesia tingkat kerjasama pelaburan & komoditi, kata Ismail Sabri

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Pembangunan di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia akan diperhebatkan susulan pembukaan ibu negara Indonesia yang baru, Nusantara, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dibangunkan itu sama ada di Malaysia atau di sebelah Indonesia.

"Saya berterima kasih kerana Bapak Presiden (Joko Widodo) bersetuju untuk kita turut mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan dimajukan oleh pelabur dari Malaysia di bandar Nusantara nanti," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo setelah menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Istana Merdeka, di Jakarta, hari ini (1 April).

Menyentuh mengenai kelapa sawit, Ismail Sabri berkata kedua-dua negara bersetuju agar harga minyak kelapa sawit ditentukan bersama dan tidak bersaing dari segi penetapan harga.

Malaysia dan Indonesia merupakan pengeksport utama minyak sawit dan menguasai sebahagian besar pasaran eksport minyak sawit dunia.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan