Skip to main content

Kewangan

MOU baru dimeterai bantu syarikat China guna S'pura sebagai batu loncatan ke pasaran ASEAN

Satu perjanjian baru dimeterai untuk membantu syarikat-syarikat China memanfaatkan pasaran-pasaran modal dan kepakaran Singapura sebagai sebuah hab urus dana serantau dan pusat kewangan global apabila negara itu menembusi pasaran Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
MOU baru dimeterai bantu syarikat China guna S'pura sebagai batu loncatan ke pasaran ASEAN

MOU baru ditandatangan antara UOB, SGX dan CCOIC pada 27 Apr (Gambar: UOB, SGX)

Diterbitkan : 28 Apr 2019 03:37PM Dikemas Kini : 28 Apr 2019 03:43PM

BEIJING: Satu perjanjian baru dimeterai untuk membantu syarikat-syarikat China memanfaatkan pasaran-pasaran modal dan kepakaran Singapura sebagai sebuah hab urus dana serantau dan pusat kewangan global apabila negara itu menembusi pasaran Asia Tenggara.

Memorandum Persefahaman (MOU) itu dimeterai oleh United Overseas Bank (UOB), Bursa Singapura (SGX) dan Dewan Perdagangan Antarabangsa China (CCOIC) pada Sabtu (27 Apr), sempena Forum Jaluran Ekonomi Laluan Sutera kedua di Beijing.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, di bawah perjanjian baru itu, UOB, SGX dan CCOIC akan menawarkan khidmat sokongan dan nasihat mengenai pasaran dan tindakan korporat seperti penyenaraian pinjaman dan ekuiti serta pelaburan aset.

Ketiga-tiga pertubuhan tersebut juga akan menawarkan sokongan seperti huraian perdagangan, pembiayaan projek, pengurusan kecairan, pertukaran mata wang asing dan urus niaga derivatif, serta menghubungkan perusahaan-perusahaan China dengan rakan-rakan perniagaan yang berpotensi di seluruh ASEAN.

UOB, SGX dan CCOIC akan menganjurkan acara-acara industri dan seminar untuk merangsang perdagangan dan pelaburan antara China dengan Singapura.

Lebih 180,000 perusahaan China di bawah naungan CCOIC dijangka akan meraih manfaat daripada kerjasama dengan UOB dan SGX, menurut kenyataan itu lagi. 

Sumber : CNA/ZK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita