Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Morgan Stanley rancang berhentikan 3,000 pekerja pada suku kedua

Anggaran Waktu Membaca:
Morgan Stanley rancang berhentikan 3,000 pekerja pada suku kedua

(Gambar: Mario Tama/Getty Images North America/AFP)

NEW YORK: Morgan Stanley merancang untuk memberhentikan sekitar 3,000 pekerja pada suku kedua, dedah seorang sumber kepada Reuters pada Isnin (1 Mei). 

Ini sekali gus merupakan pusingan kedua pemberhentian pekerja bank itu dalam tempoh enam bulan. 

Kelembapan urus niaga dan persekitaran ekonomi yang mencabar mendorong bank pelaburan itu untuk menyemak semula jumlah pekerjanya, dedah sumber itu lagi. 

Langkah terbaru itu diumumkan menyusuli satu lagi suku di mana yuran dari unit pelaburan bank tersebut menjejas teruk pendapatan keseluruhannya yang merosot hampir dua peratus kepada AS$14.5 bilion (S$19.4 bilion).

Bulan lalu, Ketua Kewangan Morgan Stanley, Sharon Yeshaya, berkata "pengurusan perbelanjaan" akan diutamakan di tengah-tengah keadaan pasaran yang tidak menentu dan kadar inflasi yang tinggi. 

Bank-bank pelaburan di Wall Street turut terjejas akibat kemerosotan urus niaga sedang para pelabur semakin berhati-hati disebabkan oleh pasaran yang serba tidak menentu dan kadar faedah yang semakin meningkat. 

CEO Morgan Stanley James Gorman pada Disember lalu berkata, bank itu akan melakukan pemberhentian pekerja secara "sederhana" di seluruh dunia tanpa mendedahkan jumlah yang bakal terjejas.

Bank itu menggajikan lebih 82,000 kakitangan setakat sehingga hujung Mac dan pemberhentian pekerja itu akan menjejas hampir empat peratus kakitangannya.

Sumber : Reuters/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan