Morgan Stanley dijangka berhentikan 2,000 pekerja untuk potong kos
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mario Tama/Getty Images North America/AFP)
NEW YORK: Morgan Stanley merancang untuk memberhentikan sekitar 2,000 pekerja pada hujung bulan ini, kata seorang yang mengetahui tentang perkara itu kepada Reuters pada Selasa (18 Mac).
Pemotongan 2% hingga 3% daripada tenaga kerja syarikat tersebut, tidak termasuk penasihat kewangan, yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi, menurut individu itu, yang tidak mahu namanya didedahkan.
Morgan Stanley menggajikan lebih 80,000 pekerja di seluruh dunia setakat sehingga akhir 2024. Pemberhentian pekerja itu tidak berkaitan dengan keadaan pasaran semasa, menurut sumber itu.
Morgan Stanley merancang untuk melaksanakan langkah tersebut telah beberapa pemiutang di Wall Street sejak beberapa minggu kebelakangan ini menghadapi persekitaran ekonomi yang tidak menentu, terutamanya selepas tarif baharu diumumkan oleh Presiden Donald Trump terhadap rakan-rakan dagang Amerika Syarikat.
Pesaing Morgan Stanley, Goldman Sachs telah mempercepatkan proses semakan prestasi tahunannya dan merancang untuk memberhentikan kakitangannya sebanyak 3% hingga 5%.
Bank of America pula telah menggugurkan 150 peranan pegawai muda dalam cabang perbankan pelaburannya, lapor Reuters pada awal bulan ini.
Bloomberg News pertama kali melaporkan tentang perkembangan di Morgan Stanley pada awal semalam.
Sesetengah pemberhentian pekerja di Morgan Stanley terikat dengan prestasi, manakala yang lain disebabkan oleh perubahan pada lokasi di mana pihak bank tersebut menempatkan beberapa pekerjanya, lapor Bloomberg News.
Para pegawai perbankan menjangkakan pemulihan yang kukuh dalam pasaran modal tahun ini selepas kemenangan Encik Trump, tetapi keyakinan itu setakat ini gagal merancakkan aktiviti perbankan sedang pelanggan bergelut dengan ancaman tarif Encik Trump yang sentiasa berubah-ubah.
Presiden Bersama Morgan Stanley Daniel Simkowitz berkata semasa persidangan pada Selasa bahawa isu ekuiti baharu dan penggabungan dan pengambilalihan "sudah tentu terjejas disebabkan oleh beberapa ketidakpastian dasar".
Sungguhpun demikian, bank itu sedang menambah "jumlah pegawai" peringkat kanan pada cabang perbankan pelaburannya, kata Encik Simkowitz.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.