Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Moody's turunkan ramalan GDP dunia bagi 2022, 2023

Anggaran Waktu Membaca:
 Moody's turunkan ramalan GDP dunia bagi 2022, 2023

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 26 Sep 2022 02:14PM Dikemas Kini : 26 Sep 2022 02:15PM
KUALA LUMPUR: Moody's Analytics menyemak turun unjuran Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP)benar global bagi 2022 dan 2023 masing-masing kepada 2.7 peratus dan 2.3 peratus.

Ia berbanding unjuran 4.2 peratus bagi 2022 dan 3.6 peratus bagi 2023 yang dibuat pada Januari.

"Walaupun ekonomi global diunjurkan berkembang pada 2022, sebarang kesilapan dasar atau risiko tambahan akan meningkatkan lagi ancaman kemeseletan seluruh dunia dalam 12 bulan akan datang untuk melebihi penilaian semasa," kata Moody's Analytics dalam satu nota, pada Isnin (26 Sep)

"Ekonomi global sedang berada di persimpangan apabila pemulihan pasca pandemik yang baru bermula berubah dengan pantas kepada persekitaran yang lebih suram dan rapuh.

"Inflasi yang mencecah rekod tertinggi di Amerika Syarikat dan Eropah akibat kekurangan bekalan serta lonjakan harga komoditi susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, memberi kesan kepada pertumbuhan global dan ini diburukkan lagi oleh tindak balas dasar kewangan yang agresif," kata firma penarafan kredit itu.

Tambanya, pada masa yang sama, ekonomi China sedang berdepan cabaran dari pelbagai segi, termasuk pasaran hartanah yang lembap dan peningkatan risiko dalam sektor kewangan, katanya.

Akibatnya, Moody's Analytics menyatakan pertumbuhan global jatuh pada suku kedua berbanding setahun lalu buat kali pertama sejak penularan virus pada awal 2020, dipacu oleh penguncupan di AS, United Kingdom (UK) dan China.

"Lebih meluas lagi, prestasi kekal tidak serata dalam kalangan ekonomi utama dunia iaitu AS, China, Jepun, India dan lima ekonomi terbesar di Eropah Barat.

"Hasil akan terus berbeza-beza sepanjang 2023 disebabkan perbezaan hubungan perdagangan dan pelaburan ke Rusia serta Ukraine, terutamanya berkaitan dengan produk tenaga," katanya.
Sumber : Bernama/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan