Monograf cara MAS tangani salah laku kewangan
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mendedahkan satu monograf penguatkuasaan yang dikemas kini dan mengandungi perincian tindakan yang akan diambil sekiranya berlaku salah laku kewangan di sini.

Bangunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS). (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mendedahkan satu monograf penguatkuasaan yang dikemas kini dan mengandungi perincian tindakan yang akan diambil sekiranya berlaku salah laku kewangan di sini.
Ia menyusuli edisi yang diterbitkan pada Januari 2016.
Monograf Penguatkuasaan yang didedahkan MAS itu salah satu cara yang digunakannya untuk memantau pasaran kewangan di negara ini yang merangkumi lebih 1,500 institusi kewangan.
Ia antara lain menjelaskan tentang proses yang dilakukan MAS untuk mencegah, mengenal pasti dan menyiasat salah laku dalam bidang kewangan.
Bank pusat itu berharap, dengan mendedahkan monograf tersebut, ia dapat meningkatkan pengesanan lebih awal sebarang salah laku selain mencegah jenayah-jenayah kewangan daripada berlaku sama sekali.
Ia juga dilihat sebagai komitmen MAS dalam menangani kes-kes salah laku yang diharap dapat mengukuhkan keyakinan para pelabur serta mengekalkan mutu tinggi dalam cara perniagaan dan pasaran dikendalikan di negara ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.