Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Mogok juruterbang meleret; Jetstar kurangkan kapasiti penerbangan

Syarikat penerbangan tambang murah Australia, Jetstar, akan mengurangkan kapasiti penerbangan domestik sekitar 10 peratus pada bulan depan kerana mogok para juruterbang anak syarikat Qantas itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mogok juruterbang meleret; Jetstar kurangkan kapasiti penerbangan

(Gambar: Reuters/Mick Tsikas)

Diterbitkan : 16 Dec 2019 07:13PM Dikemas Kini : 16 Dec 2019 07:14PM

SYDNEY: Syarikat penerbangan tambang murah Australia, Jetstar, akan mengurangkan kapasiti penerbangan domestik sekitar 10 peratus pada bulan depan kerana mogok para juruterbang anak syarikat Qantas itu.

Ia juga mungkin menjual tiga pesawat Boeing Co 787-8, digunakan bagi laluan antarabangsa yang tidak memberi keuntungan baginya.

Jetstar menyatakan kesan kewangan akibat gangguan perkhidmatan oleh para juruterbang dan pekerja di darat pada bulan ini dan bulan depan dianggarkan kira-kira A$20 juta hingga A$25 juta (S$18 juta - S$23 juta).

Awal dari itu, Qantas menyatakan prestasi Jetstar agak lemah dalam pasaran Australia.

Keuntungan syarikat-syarikat penerbangan dalam negeri Australia terjejas oleh harga minyak yang tinggi dan belanja pengguna yang berkurangan.  

Sumber : Reuters/HK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan