MinLaw rancang perhalusi program bantu perniagaan kecil terkesan COVID-19
Kementerian Undang-Undang (MinLaw) sedang menimbang untuk memperhalusi beberapa ciri di bawah Program Ketakmampuan bayar atau Insolvensi Dipermudahkan bagi mengekalkannya.
SINGAPURA: Kementerian Undang-Undang (MinLaw) sedang menimbang untuk memperhalusi beberapa ciri di bawah Program Ketakmampuan bayar atau Insolvensi Dipermudahkan bagi mengekalkannya.
Langkah itu bertujuan membantu perniagaan-perniagaan kecil yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Perniagaan-perniagaan tersebut membentuk sekitar 95 peratus daripada keseluruhan landskap perusahaan di Singapura.
Berucap di satu sidang maya siang tadi, Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong berkata program itu bermatlamat menyediakan prosiding yang lebih mudah, pantas dan pada kos yang lebih rendah.
Program itu telah menerima 31 permohonan sejak ia dilancarkan pada Januari lalu.
Hampir 50 peratus daripadanya telah diterima. Lagi 11 permohonan pula sedang dipertimbangkan manakala baki lima telah ditolak.
Untuk melayakkan diri bagi program tersebut, syarikat-syarikat mesti mencatatkan hasil jualan tahunan S$10 juta atau kurang.
Tempoh permohonan bagi program itu telah dilanjutkan sehingga Julai tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.