Skip to main content

Kewangan

Microsoft sedang bincang beli TikTok, kata Trump

Anggaran Waktu Membaca:
Microsoft sedang bincang beli TikTok, kata Trump

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Jan 2025 11:57AM Dikemas Kini : 28 Jan 2025 12:44PM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberitahu para wartawan pada Isnin (27 Jan) bahawa Microsoft sedang berbincang untuk memperoleh TikTok dan beliau ingin melihat 'perang bidaan' untuk membeli aplikasi berkenaan.

Microsoft dan TikTok tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mengulas tentang perkara tersebut.

Encik Trump sebelum ini berkata bahawa beliau sedang berbincang dengan beberapa pihak mengenai pembelian TikTok dan dijangka akan membuat keputusan mengenai masa depan aplikasi itu dalam tempoh 30 hari akan datang.

Khidmat aplikasi itu, yang mempunyai kira-kira 170 juta pengguna di Amerika, telah digantung sebelum undang-undang mengarahkan ByteDance sama ada menjualnya atas alasan keselamatan negara atau menghadapi larangan berkuat kuasa pada 19 Januari.

Encik Trump, selepas menyandang semula jawatan presiden pada 20 Jan, menandatangani perintah eksekutif yang bertujuan untuk menangguhkan penguatkuasaan undang-undang selama 75 hari selepas para pegawai Amerika memberi amaran bahawa terdapat risiko data rakyat Amerika disalahgunakan oleh ByteDance.
Sumber : Agensi berita/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita