Microsoft labur AS$50 bilion untuk perluas AI di ‘Global Selatan’
Microsoft pada Rabu (18 Feb) menyatakan mereka sedang berusaha untuk melabur AS$50 bilion (S$63.15 bilion) menjelang akhir dekad ini bagi membantu memperluas kecerdasan buatan (AI) ke negara-negara di “Global Selatan”.
Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Microsoft pada Rabu (18 Feb) menyatakan mereka sedang berusaha untuk melabur AS$50 bilion (S$63.15 bilion) menjelang akhir dekad ini bagi membantu memperluas kecerdasan buatan (AI) ke negara-negara di “Global Selatan”.
Pengumuman itu dibuat di sidang puncak AI di New Delhi, di mana para eksekutif tertinggi syarikat AI global bertemu dengan beberapa pemimpin dunia minggu ini.
“Global Selatan” merujuk kepada negara-negara membangun, negara-negara yang sedang naik atau berpendapatan rendah, kebanyakannya di hemisfera selatan.
Microsoft mendedahkan pelaburan AI bernilai AS$17.5 bilion (S$22.1 bilion) di India tahun lalu, sedang gergasi teknologi Amerika Syarikat itu memperkukuh pertaruhannya terhadap salah satu pasaran digital paling pesat berkembang di dunia.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.