Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Microsoft henti hasilkan konsol Xbox One

Microsoft Corp sudah berhenti menghasilkan semua konsol permainan Xbox One untuk memberi tumpuan kepada pengeluaran konsol permainan generasi baru, lapor the Verge pada Khamis (13 Jan), menukil seorang eksekutif kanan di divisyen permainan.

Anggaran Waktu Membaca:
Microsoft henti hasilkan konsol Xbox One

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Jan 2022 08:22AM Dikemas Kini : 14 Jan 2022 08:22AM

REUTERS: Microsoft Corp sudah berhenti menghasilkan semua konsol permainan Xbox One untuk memberi tumpuan kepada pengeluaran konsol permainan generasi baru, lapor the Verge pada Khamis (13 Jan), menukil seorang eksekutif kanan di divisyen permainan.

Menurut The Verge, Microsoft pada asalnya berhenti menghasilkan konsol Xbox One X dan Xbox One S digital menjelang pelancaran Xbox Series X pada 2020.

Microsoft tidak segera menjawab permohonan Reuters untuk mendapatkan komen.

Gergasi sofwe itu melancarkan dua model Xbox Series X pada November 2020, tujuh tahun selepas melancarkan versinya yang awal, bagi memanfaatkan perbelanjaan pengguna yang meningkat dalam permainan, didorong oleh pandemik.

Namun, beberapa industri di seluruh dunia menghadapi masalah kekurangan bekalan mikrocip semikonduktor yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lantas menyebabkan penghantaran beberapa produk tertangguh.

Pada November lalu, akhbar perniagaan Nikkei melaporkan bahawa Nintendo Co akan mengurangkan jumlah penghasilan konsol permainan Switch sebanyak 20 peratus berbanding yang dirancang disebabkan oleh kekurangan bekalan.

Sumber : Reuters/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa