Microsoft akan labur AS$10 bilion untuk kembangkan AI dan pertahanan siber Jepun
Anggaran Waktu Membaca:
Microsoft labur AS$10 billion di Japan untuk mempertingkatkan AI dalam bidang pertahanan siber (Gambar: Reuters)
- Microsoft mengumumkan pelaburan 1.6 trilion yen di Jepun antara 2026 hingga 2029 untuk membangunkan infrastruktur AI dan memperkukuh keselamatan siber.
- Pelaburan ini termasuk latihan 1 juta jurutera dan pembangun sofwe menjelang 2030, selaras dengan matlamat Perdana Menteri Sanae Takaichi.
- Microsoft akan bekerjasama dengan SoftBank dan Sakura Internet untuk meningkatkan kapasiti pengkomputeran AI dan memastikan data sensitif disimpan di Jepun.
- Kerjasama dengan pihak berkuasa Jepun akan diperdalam bagi perkongsian risikan ancaman siber, sementara penggunaan AI di negara itu semakin meningkat sejak 2024.
TOKYO : Microsoft pada Jumaat (3 Apr) menyatakan bahawa ia akan melabur 1.6 trilion yen (AS$10 bilion) di Jepun antara 2026 dan 2029 untuk mengembangkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan memperkukuh kerjasama keselamatan siber dengan pemerintah negara itu.
Pelaburan itu termasuk latihan 1 juta jurutera dan pembangun sofwe menjelang 2030, menurut Microsoft, yang diumumkan semasa lawatan ke Tokyo oleh Naib Pengerusi merangkap Presiden Brad Smith. Dalam kenyataannya, syarikat itu turut mendedahkan bahawa pelan itu sejajar dengan matlamat Perdana Menteri Sanae Takaichi untuk meningkatkan pertumbuhan melalui teknologi strategik yang canggih sambil melindungi keselamatan negara.
Microsoft akan bekerjasama dengan firma domestik termasuk SoftBank dan Sakura Internet untuk mengembangkan kapasiti pengkomputeran AI yang berpangkalan di Jepun, membolehkan syarikat dan agensi pemerintah menyimpan data sensitif di dalam negara sambil mengakses perkhidmatan Microsoft Azure, katanya lagi.
Ia juga akan memperdalam kerjasama dengan pihak berkuasa Jepun mengenai perkongsian risikan berkaitan ancaman siber dan pencegahan jenayah.
Penggunaan AI di Jepun telah dipercepatkan sejak 2024, dengan kira-kira satu daripada setiap lima orang yang usia bekerja menggunakan alat AI generatif, menurut Microsoft, memetik datanya sendiri.
Jepun menghadapi kekurangan lebih daripada 3 juta pekerja AI dan robotik menjelang 2040, menurut anggaran pemerintah negara itu.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.