Meta bakal berhentikan 10% kakitangannya; bentang pelan penstrukturan semula
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang wanita berdiri berdekatan logo Meta di Davos, Switzerland, 20 Jan 2026. (Gambar: REUTERS/Romina Amato)
NEW YORK: Meta merancang untuk memberhentikan 10 peratus pekerjanya pada Rabu (20 Mei), dengan beberapa lagi langkah mengurangkan tenaga kerja dijadualkan pada akhir tahun ini.
Demikian menurut laporan Reuters. Ini adalah sebahagian daripada rancangan pemberhentian pekerja syarikat itu pada minggu ini, yang diperincikan melalui satu memo kepada kakitangannya pada Isnin (18 Mei).
Syarikat itu menyatakan bahawa pengurangan tenaga kerja di peringkat global akan disusuli dengan penstrukturan semula yang bertujuan untuk memperkemas proses kerja kecerdasan buatan (AI) mereka.
Dalam memo yang dilihat oleh Reuters, Ketua Pegawai Sumber Manusia Meta, Janelle Gale, memaklumkan kepada para kakitangan bahawa syarikat itu merancang untuk memindahkan 7,000 pekerja ke inisiatif baharu berkaitan proses kerja AI, selain menggugurkan sejumlah jawatan pengurusan.
Selain itu, "ramai pemimpin akan mengumumkan perubahan pada struktur pertubuhan masing-masing," katanya.
"Semasa ketua-ketua pertubuhan merancang perubahan ini, kebanyakannya menerapkan prinsip reka bentuk berasaskan AI ke dalam struktur pertubuhan baharu mereka. Kita kini berada di fasa di mana banyak bahagian boleh beroperasi dengan struktur yang lebih mendatar, menggunakan pasukan atau kumpulan kecil yang boleh bergerak lebih pantas dan lebih banyak daya pemilikan."
Seorang jurucakap Meta enggan memberikan ulasan mengenai rancangan tersebut.
ROMBAKAN DIPACU OLEH PERALIHAN KEPADA AI
Perubahan ini merupakan sebahagian daripada pelan penstrukturan besar-besaran yang dirancang Meta tahun ini, sedang syarikat itu meningkatkan pelaburan AI mereka dengan meletakkan ejen AI sebagai teras utama, baik dalam produk yang ditawarkan mahupun dalam kaedah kerja dalaman mereka.
Langkah itu mencerminkan trend yang lebih besar di mana banyak syarikat utama Amerika Syarikat, terutamanya dalam sektor teknologi, mengurangkan pekerja disebabkan oleh faktor AI tahun ini.
Secara keseluruhannya, proses pemberhentian pekerja dan pemindahan ini akan menjejaskan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tenaga kerja syarikat tersebut. Menurut Cik Gale dalam memonya, sebahagian pemindahan pekerja sudahpun berlaku, manakala pekerja lain yang terjejas akan dimaklumkan pada Rabu. Kakitangan di Amerika Utara pula diarah untuk bekerja dari rumah pada Rabu ini.
Cik Gale turut memaklumkan dalam memo terdahulu bahawa Meta telah menggugurkan 6,000 jawatan kosong tambahan sebagai sebahagian daripada proses ini.
Berdasarkan laporan rasmi syarikat itu, jumlah kakitangan media sosial syarikat tersebut adalah seramai 77,986 pada akhir bulan Mac.
PEMINDAHAN PEKERJA KE UNIT AI
Inisiatif baharu yang melibatkan pemindahan pekerja - atau diistilahkan sebagai "dikerah" oleh sebahagian kakitangan - termasuklah pasukan Kejuruteraan Gunaan AI (AAI) dan Pemacu Transformasi Ejen (ATA) XFN.
Kedua-dua pasukan itu diumumkan sebelum ini oleh Ketua Pegawai Teknologi (CTO), Andrew Bosworth, sebagai sebahagian daripada usaha "AI for Work" di Meta.
Kedua-dua unit tersebut bertujuan untuk membangunkan ejen AI yang boleh menjalankan tugas secara automatik, yang mana tugas-tugas berkenaan masih dilakukan oleh pekerja.
Pasukan Central Analytics, yang turut menjadi sasaran pemindahan pekerja, juga pernah disebut dalam pengumuman Bosworth sebelum ini dan akan berfungsi untuk mengukur produktiviti serta analisis bagi pembangunan ejen AI tersebut.
Perincian mengenai satu lagi inisiatif baharu yang diberi nama Enterprise Solutions akan dikongsi dalam masa terdekat, kata Cik Gale.
Perubahan ini mencetuskan bantahan daripada kakitangan Meta. Mereka membantah tindakan tersebut dengan mengedarkan risalah di pejabat-pejabat syarikat itu serta memuat naik catatan yang meluahkan kemarahan mereka di platform komunikasi dalaman mereka, Workplace.
Lebih 1,000 pekerja menandatangani petisyen bagi membantah pemasangan perisian penjejak tetikus. Perisian itu digunakan untuk melatih model AI Meta meniru cara manusia berinteraksi dengan komputer.
Pekerja lain pula secara terbuka bertekad menentang pemimpin syarikat tersebut, sambil mengkritik pihak pengurusan kerana mengetepikan isu privasi berhubung teknologi penjejak tetikus tersebut, serta memilih untuk berdiam diri mengenai rancangan pemberhentian pekerja selama lebih sebulan selepas Reuters pertama kali melaporkannya.
Sepanjang bulan tersebut, ramai pekerja bertindak dengan membalas catatan pihak pengurusan di Workplace dengan meletakkan gambar gajah - sebagai lambang bagi mendesak mereka supaya menjelaskan isu pemberhentian pekerja itu, yang dianggap sebagai "perkara besar yang cuba diabaikan", berdasarkan bukti yang dilihat oleh Reuters.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.