Skip to main content

Kewangan

Menteri Kewangan Britain dijangka gesa ekonomi utama kawal pinjaman pemerintah pada mesyuarat IMF

Menteri Kewangan Britain John Healey akan menekankan peri pentingnya disiplin belanjawan dan memperkukuh daya tahan terhadap kejutan geopolitik apabila beliau bertemu dengan rakan-rakan sejawatannya dari luar negara dalam lawatan pertamanya ke mesyuarat tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kewangan Britain dijangka gesa ekonomi utama kawal pinjaman pemerintah pada mesyuarat IMF

Menteri Kewangan Britain John Healey berjalan untuk menghadiri mesyuarat kabinet pertama bersama Perdana Menteri Britain Andy Burnham di 10 Downing Street, London, pada 21 Julai 2026. (Gambar fail: REUTERS/Chris J Ratcliffe)

Diterbitkan : 12 Oct 2026 09:56AM
Britain's Minister for Finance is expected to urge major economies to control Government borrowing at the IMF meeting
  • John Healey will use his first visit to the IMF annual meeting in Bangkok to emphasise Budget discipline and Britain's resilience to geopolitical shocks.
  • The IMF, World Bank, Ministers for Finance and central bank chiefs are discussing the impact of the Middle East war on energy prices, inflation and Government borrowing costs.
  • Healey is also scheduled to meet Ukraine's Minister for Finance Sergii Marchenko to discuss efforts to strengthen resilience, in line with calls from the IMF and Bank of England.
  • Ahead of the Oct 28 Budget, he is facing pressure from debt, defence and energy, with the Institute for Fiscal Studies estimating that £36 billion in tax increases may be needed.
Dijana oleh AI
BANGKOK: Menteri Kewangan Britain John Healey akan menekankan peri pentingnya disiplin belanjawan dan memperkukuh daya tahan terhadap kejutan geopolitik apabila beliau bertemu dengan rakan-rakan sejawatannya dari luar negara dalam lawatan pertamanya ke mesyuarat tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) minggu ini.

"Saya akan bekerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa untuk memastikan perdagangan terus berjalan lancar, menyokong keluarga dan perniagaan serta menjadikan ekonomi Britain lebih kukuh dan berdaya tahan," kata Encik Healey dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya.

Encik Healey akan berhujah bahawa ekonomi-ekonomi utama memerlukan rancangan yang boleh dipercayai untuk mengawal pinjaman pemerintah, menurut Kementerian Kewangan Britain. Kenyataan tersebut menyusuli gesaan serupa minggu lalu oleh Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva dan Gabenor Bank of England Andrew Bailey.

IMF dan Bank Dunia mengadakan mesyuarat tahunan mereka di Bangkok minggu ini, dengan para menteri kewangan dan ketua bank pusat akan membincangkan kesan perang yang semakin meluas di Timur Tengah terhadap harga tenaga dan inflasi.

Encik Healey juga akan bertemu dengan Menteri Kewangan Ukraine Sergii Marchenko, antara lain, bagi membincangkan usaha memperkukuh daya tahan.

Minggu lalu, kos pinjaman pemerintah bagi ekonomi-ekonomi utama mencecah paras tertinggi dalam beberapa dekad, didorong kebimbangan pelabur terhadap inflasi akibat perang Amerika Syarikat-Iran, paras pinjaman pemerintah yang tinggi serta keperluan menaikkan kadar faedah.

Encik Healey mengulangi komitmennya untuk memastikan "disiplin kewangan" dalam pembentangan belanjawan tahunan pertamanya pada 28 Oktober. Beliau perlu mengambil langkah bagi memastikan rancangan mengurangkan pinjaman kerajaan kekal mengikut sasaran, sedang kos faedah hutang meningkat, di samping hasrat untuk menambah perbelanjaan pertahanan serta mengurangkan kos tenaga.

Institut Kajian Fiskal Britain menganggarkan Encik Healey perlu menaikkan cukai sebanyak £36 bilion (S$51.65 bilion), bersamaan dengan kenaikan tiga mata peratusan bagi kadar utama cukai pendapatan, sekiranya beliau mahu mengimbangi sepenuhnya tekanan terhadap belanjawan kerajaan akibat inflasi yang lebih tinggi serta membiayai perbelanjaan pertahanan tambahan.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita