Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Mediacorp lancarkan huraian pemasaran bersepadu, Creative Central

Mediacorp melancarkan Creative Central, sebuah unit bersepadu yang memenuhi keperluan pemasaran kreatif dan kandungan para kliennya.

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp lancarkan huraian pemasaran bersepadu, Creative Central

Petikan gambar laman Creative Central.

Diterbitkan : 28 Mar 2019 12:52PM Dikemas Kini : 28 Mar 2019 12:54PM

SINGAPURA: Mediacorp melancarkan Creative Central, sebuah unit bersepadu yang memenuhi keperluan pemasaran kreatif dan kandungan para kliennya.

Unit yang baru dibentuk itu akan menyediakan sokongan menyeluruh kepada kliennya yang ingin melaksanakan kempen pemasaran bersepadu menerusi pelbagai wadah kandungan dan rentas media Mediacorp.

"Sebelum ini, para klien perlu berurusan dengan pelbagai jabatan berbeza seperti perancangan strategik, pengiklanan, penghasilan kandungan dan media sosial untuk menjalankan rancangan-rancangan pemasaran mereka. Pada masa akan datang, mereka hanya perlu berurusan dengan satu pihak sahaja," menurut syarikat itu.

"Creative Central dibentuk sekumpulan pegawai kreatif, berkebolehan dan berpengalaman yang sudah bekerja rapat dengan beratus-ratus klien - dari SME hinggalah jenama-jenama Fortune500 - untuk menjangkau para pelanggan mereka menerusi keupayaan bercerita Mediacorp," tambahnya lagi.

Creative Central terdiri daripada Brand Studio, Bloomr.SG, Creative Services dan Idea Factory. Khidmat-khidmat yang ditawarkan termasuk pandangan dan huraian strategik hingga ke penghasilan kandungan kreatif rentas media dan pemasaran kandungan. Semuanya berdasarkan hasil pemantauan media sosial.

"Dengan Creative Central, jenama-jenama boleh memanfaatkan sepenuhnya platform dan kandungan Mediacorp dengan mudah dan berkesan," menurut Mediacorp.

Lebih banyak maklumat tentang Creative Central boleh didapati menerusi laman Mediacorp.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan