Skip to main content

Kewangan

MAS sedia kawal turun naik berlebihan nilai dolar SG

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan pihaknya bersedia untuk mengawal turun naik yang berlebihan pada nilai dolar Singapura ekoran tarif terbaharu Washington.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Apr 2025 07:04PM Dikemas Kini : 03 Apr 2025 11:13PM
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan pihaknya bersedia untuk mengawal turun naik yang berlebihan pada nilai dolar Singapura ekoran tarif terbaharu Washington.

MAS juga akan memastikan pertukaran mata wang asing dan pasaran wang Singapura terus berfungsi dengan teratur.

MAS menyatakan demikian selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan tarif 10 peratus ke atas eksport Singapura.

Menurut MAS, pertukaran mata wang asing dan pasaran wang Singapura kekal fungsi seperti biasa.

Bank pusat itu juga sedang memantau perkembangan itu dengan teliti serta meninjau kesannya terhadap ekonomi negara.

Sungguhpun demikian, para pakar ekonomi memberi amaran bahawa tarif lebih tinggi ke atas rakan-rakan dagangan Singapura seperti Vietnam dan Kemboja boleh menjejas pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara itu.

Akibatnya, Singapura mungkin menyaksikan permintaan yang berkurangan bagi eksportnya ke pasaran sedemikian.

Jumlah pelancong ke Singapura juga mungkin merosot.

"Selain kesan langsung akibat pelaksanaan tarif ke atas Singapura, mungkin terdapat kesan limpahan secara tidak langsung.

"Para pengguna mungkin kurang membeli produk buatan Singapura, serta kurang berbelanja bagi khidmat Singapura.

"Jadi, ia juga boleh mencetuskan kelembapan ekonomi lebih besar di Singapura berbanding kesan secara langsung," kata Ketua Strategi Makro Asia, SMBC Jeff Ng.
Sumber : CNA/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita