MAS pindahkan S$45 bilion kepada Pemerintah bagi pelaburan jangka panjang
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan memindahkan dana S$45 bilion daripada simpanan mata wang asing rasmi kepada Pemerintah bagi pelaburan jangka panjang.
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan memindahkan dana S$45 bilion daripada simpanan mata wang asing rasmi kepada Pemerintah bagi pelaburan jangka panjang.
Dana itu akan dipindahkan bulan ini dan diuruskan oleh GIC.
Menurut kenyataan MAS, paras simpanan mata wang asing rasmi sedia ada "melebihi" paras yang dianggap sebagai wajar untuk mengekalkan keyakinan terhadap dasar-dasar kewangan berteraskan pertukaran mata wang.
Pemindahan aset daripada MAS kepada GIC juga tidak menandakan pengurangan dalam simpanan mata wang asing rasmi Singapura.
MAS menyatakan ia akan mengeluarkan data mengenai campur tangan pertukaran mata wang asing setiap enam bulan, bermula dengan data bagi separuh kedua tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.