Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS pindah S$75 bilion lebihan rizab luar negara kepada Pemerintah

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan pada Khamis (7 Apr) ia sudah memindahkan lebihan rizab rasmi luar negara (OFR) berjumlah S$75 bilion kepada Pemerintah menerusi langganan Sekuriti Pengurusan Rizab Pemerintah (RMGS)

Anggaran Waktu Membaca:
MAS pindah S$75 bilion lebihan rizab luar negara kepada Pemerintah

Bangunan Penguasa Kewangan Singapura (MAS). (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 07 Apr 2022 10:31PM Dikemas Kini : 07 Apr 2022 10:31PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan pada Khamis (7 Apr) ia sudah memindahkan lebihan rizab rasmi luar negara (OFR) berjumlah S$75 bilion kepada Pemerintah menerusi langganan Sekuriti Pengurusan Rizab Pemerintah (RMGS).

RMGS adalah sebuah mekanisme untuk memudahkan pindahan OFR yang tidak diperlukan bagi mengendalikan dasar kewangan dan kestabilan kewangan dari bank pusat ke Pemerintah, bagi pelaburan jangka panjang oleh GIC iaitu dana milik negara.

Jumlah optimum OFR, yang dianggarkan diperlukan oleh MAS buat masa ini adalah antara 65 dengan 75 peratus daripada hasil kasar dalam negeri (GDP), lapor Reuters.

MAS menguruskan dasar dengan menetapkan kadar pertukaran dan bukannya kadar faedah. Ia membenarkan dolar Singapura untuk naik atau turun berbanding mata wang rakan dagangan utamanya dalam jalur dasar yang tidak didedahkan, yang dikenali sebagai kadar nilai pertukaran efektif nominal dolar Singapura (S$NEER)

Saham OFR mencecah S$563 bilion, atau sekitar 106 peratus daripada GDP, setakat hujung 2021. Ini, jelas MAS, mencerminkan tekanan kenaikan kukuh yang berterusan S$NEER daripada simpanan bersih positif Singapura dan aliran modal yang besar dari luar negara.

Selepas pindahan sebanyak S$75 bilion itu, bank pusat menganggarkan baki saham OFR dalam penyata imbangannya adalah sekitar 95 peratus daripada GDP, lapor Reuters.

MAS menyatakan ia menjangkakan pindahan lanjut lebihan OFR kepada pemerintah sepanjang tahun ini untuk menganjakkan jumlahnya ke tahap optimum.
 

Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa