Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS peruntuk AS$1.8 bilion bagi program pelaburan hijau

Singapura akan memperuntukkan AS$1.8 bilion (S$2.3 bilion) daripada rizab asingnya untuk melabur dalam lebih banyak syarikat-syarikat yang mesra alam dan mesra iklim.

Anggaran Waktu Membaca:
MAS peruntuk AS$1.8 bilion bagi program pelaburan hijau

(Gambar: Genevieve Loh)

Diterbitkan : 09 Jun 2021 04:55PM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 04:56PM

SINGAPURA: Singapura akan memperuntukkan AS$1.8 bilion (S$2.3 bilion) daripada rizab asingnya untuk melabur dalam lebih banyak syarikat-syarikat yang mesra alam dan mesra iklim.

Menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS), pelaburan itu akan mempercepatkan peralihan Singapura ke arah sebuah ekonomi yang lebih mampan.

MAS menguruskan sebahagian daripada dana tersebut.

Ia sudahpun melantik lima pengurus portfolio luar untuk mengendalikan pelaburan itu.

Sebuah hab serantau akan ditubuhkan bagi memberi tumpuan kepada dana-dana "mesra alam".

Bank pusat itu mengumumkan rancangan tersebut semasa membentangkan laporan sulungnya berhubung kemampanan.

Laporan itu, antara lain, menarik perhatian kepada inisiatif-inisiatif sedia ada.

Ia termasuk bon dan pinjaman mesra alam bagi projek-projek yang bermatlamat mengurangkan pengeluaran gas karbon.

MAS juga akan mengurangkan pengeluaran karbon.

Misalnya bank pusat itu akan mengurangkan sisa kertas dengan mengeluarkan jumlah kecil wang kertas semasa musim perayaan. 

Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan