Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS perketat dasar kewangan buat kali ketiga untuk perlahankan kenaikan inflasi

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Apr 2022 10:38AM Dikemas Kini : 14 Apr 2022 10:59PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memperketatkan dasar kewangan negara ini pada Khamis (14 Apr) buat kali ketiga dalam masa enam bulan. Ia bertujuan "memperlahankan kenaikan inflasi dan memastikan kemantapan harga dalam jangka sederhana".

Dalam kenyataan dasar kewangan setengah tahunnya, bank pusat Singapura itu menyatakan ia akan "meningkatkan sedikit" kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura (S$NEER) mengikut penyesuaian "kadar semasa" kepada dasar kewangan.

Kenaikan itu merupakan yang ketiga berturut-turut sejak Oktober tahun lepas.

Sehubungan itu, MAS meningkatkan ramalannya bagi inflasi teras berhubung pengangkutan privet dan kos tempat tinggal yang masing-masing naik antara 2.5 hingga 3.5 peratus tahun ini, berbanding 2 hingga 3 peratus yang diumumkan pada Januari.

Inflasi keseluruhannya diramalkan antara 4.5 hingga 5.5 peratus, naik daripada 2.5 hingga 3.5 peratus.

MAS turut mengumumkan bahawa ekonomi Singapura akan berkembang pada kadar yang lebih tinggi pada 2022, buat dua tahun berturut-turut.

Tekanan inflasi kekal satu risiko dalam jangka masa sederhana, menurut MAS sambil menambah bahawa langkah memperketatkan lagi dasar kewangan akan "memperlahankan momentum inflasi dan membantu memastikan kestabilan harga pada jangka masa sederhana".

"MAS akan terus kekal berwaspada terhadap perkembangan di luar negara dan kesannya terhadap ekonomi Singapura," menurut MAS.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan