Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

MAS lancar pusat baru; asah bakat dalam kewangan mampan

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melancarkan sebuah pusat baru untuk mengasah bakat dalam kewangan mampan. 

Anggaran Waktu Membaca:
MAS lancar pusat baru; asah bakat dalam kewangan mampan
Diterbitkan : 13 Oct 2020 06:45PM Dikemas Kini : 13 Oct 2020 06:47PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melancarkan sebuah pusat baru untuk mengasah bakat dalam kewangan mampan.

Ia akan menyediakan latihan dari peringkat mahasiswa hingga eksekutif.

Pusat tersebut adalah satu kerjasama antara Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dengan Sekolah Perniagaan Imperial College.

Ia akan memanfaatkan kekuatan setiap institusi dalam bidang-bidang seperti ekonomi kewangan dan kewangan iklim.

Pengarah urusan MAS Ravi Menon berkata Singapura memainkan peranan yang kukuh dalam huraian perancangan harta

dan menyokong pembangunan mampan di Asia, melihat kepada peranan Singapura sebagai hab pengurusan harta di rantau ini.

Memandang ke hadapan, MAS menyatakan ia akan meneroka untuk membangunkan lebih banyak pusat untuk mengasah lebih banyak bakat dalam bidang kewangan mampan. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan