Skip to main content

Kewangan

MAS keluarkan sehingga 5 lesen baru bank digital

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan mengeluarkan sehingga lima lesen bank digital, yang akan turut ditawarkan kepada para pemain bukan bank. Demikian diumumkan oleh MAS pada Jumaat (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
MAS keluarkan sehingga 5 lesen baru bank digital

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam

Diterbitkan : 28 Jun 2019 09:40PM Dikemas Kini : 28 Jun 2019 09:44PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan mengeluarkan sehingga lima lesen bank digital, yang akan turut ditawarkan kepada para pemain bukan bank. Demikian diumumkan oleh MAS pada Jumaat (28 Jun).

Ini selain bank-bank digital yang ditubuhkan oleh kumpulan-kumpulan perbankan di Singapura di bawah rangka kerja perbankan internet yang diperkenalkan pada 2000.

"Lesen bank digital baru ini membuka lembaran baru dalam usaha Singapura untuk melonggarkan sektor perbankan," kata Encik Tharman Shanmugaratnam, Menteri Kanan dan juga Pengerusi MAS di Jamuan Malam Tahunan ke-46 Persatuan Bank Singapura.

"Mereka akan memastikan sektor perbankan Singapura kekal berdaya tahan, berdaya saing dan bertenaga," tambah beliau.

Lesen-lesen baru itu merangkumi dua lesen penuh bank digital yang membenarkan pemegang lesen untuk menawarkan pelbagai khidmat kewangan dan mengambil wang cengkeram daripada para pelanggan runcit, selain tiga lesen bank borong digital yang membolehkan pemegang lesen untuk "menawarkan khidmat kepada SME dan segmen bukan runcit", menurut kenyataan media MAS.

Lesen bank digital penuh dibuka kepada syarikat-syarikat yang berpangkalan di Singapura dan dikawal oleh warga Singapura, tambah MAS.

Menurut penguasa itu lagi, syarikat-syarikat asing yang ingin memohon lesen tersebut perlu menubuhkan sebuah usaha sama dengan sebuah syarikat Singapura. Syarikat usaha sama itu mesti mematuhi ibu pejabat dan memenuhi syarat-syarat kawal selia.

Lesen bank borong digital pula dibuka kepada semua syarikat.

Tarikh pendaftaran dijangka dibuka pada Ogos dan lebih banyak maklumat tentang syarat-syarat kelayakan dan kriteria kemasukan akan didedahkan kelak.

"Kemasukan pemain digital baru akan menambahkan kepelbagaian dan memperkukuhkan sistem perbankan Singapura dalam ekonomi digital pada masa akan datang," menurut MAS.

"Dengan model niaga inovatif dan keupayaan digital yang kukuh, para pemain ini boleh menawarkan khidmat kepada segmen pasaran yang kurang diberi perhatian. Mereka boleh menjadi pemangkin bagi bank-bank sedia ada untuk terus memperkukuh mutu tawaran digital mereka."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita