MAS dijangka ubah suai syarat modal bank
Bank pusat Singapura akan mengubah suai syarat-syarat kawal selia dan program penyeliaannya untuk membolehkan institusi-institusi kewangan menumpukan perhatian kepada usaha menangani isu-isu yang timbul akibat pandemik COVID-19.
(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Bank pusat Singapura akan mengubah suai syarat-syarat kawal selia dan program penyeliaannya untuk membolehkan institusi-institusi kewangan menumpukan perhatian kepada usaha menangani isu-isu yang timbul akibat pandemik COVID-19.
Demikian menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Selasa (7 Apr).
Menurut MAS, ia akan mengubah suai syarat modal dan kecairan untuk menjadikan kegiatan pinjaman lebih mampan.
Ia juga akan membolehkan institusi-institusi kewangan menimbangkan langkah-langkah lebih realistik untuk menampung kerugian akibat pinjaman, antara langkah-langkah lain yang turut diusulkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.