MAS catat laba bersih S$19.7 bilion; dipacu pulangan pelaburan kukuh
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mencatatkan laba bersih sebanyak S$19.7 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, didorong oleh keuntungan pelaburan yang kukuh, menurut laporan tahunannya yang dikeluarkan pada Selasa (15 Jul).
Jumlah ini merupakan satu peningkatan yang ketara berbanding laba bersih S$3.8 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.
Gabungan pasaran global yang berdaya tahan serta kadar inflasi yang menurun menyumbang kepada keuntungan pelaburan sebanyak S$31.4 bilion, yang diimbangi oleh kesan negatif pertukaran mata wang sebanyak S$3.4 bilion dan perbelanjaan bersih sebanyak S$8.3 bilion.
Perbelanjaan tersebut sebahagian besarnya berpunca daripada operasi pasaran wang MAS untuk menguruskan kecairan dalam sistem perbankan.
"Pasaran global mencatatkan prestasi baik sepanjang tahun kewangan," kata Pengarah Urusan MAS, Chia Der Jiun.
"Semua kelas aset — daripada bon dan ekuiti, pasaran maju dan pasaran baharu — mencatat pulangan yang kukuh."
Kesan negatif pertukaran mata wang sebanyak S$3.4 bilion berlaku terutamanya disebabkan oleh dolar Singapura yang semakin kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat.
Namun, ia tidak menjejas prestasi pelaburan, dan kerugian itu hanya dicatat atas kertas kerana MAS menyediakan penyata kewangannya dalam dolar Singapura.
Tahun ini, keuntungan bersih MAS dipacu oleh beberapa faktor, termasuk prestasi pasaran yang baik menyusuli pertumbuhan global yang berdaya tahan dan inflasi yang semakin merosot, kata Timbalan Pengarah Urusan Pembangunan Korporat, Jacqueline Loh.
INFLASI DIJANGKA KEKAL RENDAH
Bagi separuh kedua tahun ini hingga 2026, MAS menjangkakan inflasi akan kekal rendah dan stabil, walaupun terdapat risiko terhadap unjuran tersebut.
Ketua Ahli Ekonomi MAS, Edward Robinson, berkata bahawa inflasi import terkawal dan purata kos domestik pula di bawah paras terendah dalam sejarah.
“Sama ada keadaan ini akan berterusan ke tahun hadapan bergantung kepada persekitaran makro global dan faktor-faktor luaran,” katanya.
“Namun buat masa ini, unjuran awal kami ialah inflasi yang rendah dan stabil akan berterusan hingga 2026.”
Dalam laporannya, MAS menjangkakan inflasi barangan import akan kekal sederhana dalam masa terdekat menyusuli permintaan global yang semakin hambar.
Inflasi serantau juga dijangka terkawal kerana lebihan pengeluaran dijangka dialihkan ke Asia Tenggara, termasuk Singapura.
Di peringkat tempatan, peningkatan kos buruh bagi setiap unit dijangka perlahan sedang pertumbuhan gaji nominal berkurangan dan daya penghasilan buruh mencatatkan peningkatan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.