Malindo Air lancar laluan penerbangan KL-Hokkaido pada 23 Mac
Malindo Air akan memperkenalkan laluan baharu Kuala Lumpur-Hokkaido, destinasi pertamanya di Jepun, dengan penerbangan tiga kali seminggu bermula 23 Mac, 2019.

Gambar fail. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Malindo Air akan memperkenalkan laluan baharu Kuala Lumpur-Hokkaido, destinasi pertamanya di Jepun, dengan penerbangan tiga kali seminggu bermula 23 Mac, 2019.
Tiga penerbangan itu adalah pada hari Selasa, Rabu dan Sabtu.
Malindo Air dalam satu kenyataan semalam (18 Feb) menyatakan tempahan kini dibuka pada harga tambang promosi RM799 (S$267) bagi Kelas Ekonomi dan RM1,999 (S$665) bagi Kelas Bisnes di laman web Malindo Air, pejabat penjualan tiket, pusat pelanggan dan ejen pelancongan terpilihnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata, “Hokkaido menandakan satu lagi pencapaian baru kami, menjadi negara ke-17 yang kami tawarkan perkhidmatan penerbangan dalam rangkaian kami.
“Kami menjangkakan sambutan yang baik bagi laluan ini dan merancang menambahkan kekerapan dalam tempoh terdekat ini.
“Dengan ini, kami juga berharap dapat membawa lebih banyak trafik antarabangsa ke Malaysia sebagai menyokong pelancongan tempatan dan ketibaan di lapangan terbang,” katanya.
Hokkaido merupakan pulau kedua terbesar di Jepun yang terletak di bahagian paling utara negara tersebut. Bandar tersebut terkenal dengan gunung berapinya, mata air panas semula jadi dan resort ski.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.