Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Malaysia kurang durian; Jokowi saran Indonesia bantu bekalan ke China

Presiden Indonesia Joko Widodo menyarankan para petani di negara itu agar beralih kepada kegiatan menanam pokok durian sebagai memenuhi permintaan pasaran global.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia kurang durian; Jokowi saran Indonesia bantu bekalan ke China

Buah durian yang disangkakan buah nangka. (Gambar: @kixes/Twitter)

Diterbitkan : 20 Mar 2019 12:11PM Dikemas Kini : 20 Mar 2019 12:14PM

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menyarankan para petani di negara itu agar beralih kepada kegiatan menanam pokok durian sebagai memenuhi permintaan pasaran global.

Presiden Jokowi berkata Indonesia memiliki keupayaan untuk memasarkan komoditi itu memandangkan buah durian semakin diminati ramai, khususnya di negara China, lapor Detik Finance.

Menurut beliau, Malaysia sebagai pengeksport utama durian ke China sendiri tidak mampu memenuhi permintaan dari negara itu.

"Adakah kita tidak punya komoditi lain yang memiliki pasaran lebih baik? Boleh saja ke (penanaman) durian. China minta (import) dari Malaysia tetapi tidak cukup (bekalan). Kita ada semua (durian)," kata Presiden Jokowi, seperti yang dipetik oleh Detik Finance.

Beliau menambah: "Durian kita bagus. Terdapat durian kuning, hitam dan merah. Kita ada semua ini. Durian itu banyak, kita ada macam-macam tetapi tidak mempunyai pengurusan yang bagus."

Pada masa yang sama, Presiden Jokowi menegaskan bahawa penanaman durian merupakan masa depan negara tersebut. Ini, menurut laporan Detik Finance, adalah kerana pasaran komoditi di Indonesia, terutamanya hasil kelapa sawit, semakin merosot.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan