Skip to main content

Kewangan

Malaysia kehilangan 25% hasil minyak kelapa sawit akibat kurang tenaga kerja: MPOA

Malaysia kehilangan sehingga 25 peratus hasil minyak sawitnya kerana kekurangan tenaga kerja yang dijangka semakin memburuk dalam beberapa bulan akan datang, kata Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) pada Isnin (20 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia kehilangan 25% hasil minyak kelapa sawit akibat kurang tenaga kerja: MPOA

(Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2020 05:00PM Dikemas Kini : 20 Jul 2020 05:06PM

KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan sehingga 25 peratus hasil minyak sawitnya kerana kekurangan tenaga kerja yang dijangka semakin memburuk dalam beberapa bulan akan datang, kata Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) pada Isnin (20 Jul).

Kumpulan itu, yang mewakili firma perladangan, menyatakan keputusan kerajaan untuk membekukan pengambilan pekerja asing baru sehingga bulan Disember boleh menyebabkan "kehancuran" industri.

"Sebelum COVID-19, kami kekurangan 36,000 pekerja. (Kekurangan) ini telah menyebabkan kami tidak memperoleh potensi pengeluaran kami sebanyak 10 peratus hingga 25 peratus," kata Ketua Pegawai Eksekutif MPOA Nageeb Wahab dalam satu sidang.

Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, bergantung pada pekerja dari negara-negara seperti Indonesia dan Bangladesh kerana mereka menyumbang 84 peratus daripada keperluan tenaga kerjadi sektor perladangan.

Ribuan orang telah meninggalkan ladang sawit untuk pulang ke negara asal mereka apabila sempadan ditutup, dan kumpulan itu menyatakan mereka tidak dapat menggantikan pekerja tersebut.

Kekurangan tenaga pekerja dapat melewatkan penuaian buah sawit dan menyekat pengeluaran minyak, terutama menjelang musim puncak penghasilan sekitar September.

Encik Nageeb berkata syarikat perladangan secara aktif mengambil penduduk tempatan bagi menyokong dasar pemerintah, namun penduduk tempatan tidak berminat dengan pekerjaan yang mereka anggap kotor, berbahaya, sukar dan merendahkan diri mereka.

"Sekiranya (usaha merekrut pekerja tempatan) gagal, kita akan memerlukan bantuan kerajaan," tambahnya.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin berkata bahawa pihak kementerian sedang berbincang dengan kumpulan industri untuk mengatasi masalah buruh.

Encik Willie juga berkata bahawa Malaysia merancang untuk mengemukakan kes Pertubuhan Perdagangan Dunia terhadap Kesatuan Eropah kerana sekatannya terhadap biofuel minyak sawit menjelang tahun ini.

"Kami bertegas dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap EU atas diskriminasinya terhadap minyak sawit Malaysia," katanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita