Skip to main content

Kewangan

Malaysia bakal tawar insentif bagi industri pembuatan cip

Kementerian Perdagangan Malaysia merancang insentif bagi industri semikonduktor domestik pada Julai, lapor media negara pada Rabu (21 Mei), memetik Menteri Perdagangan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Malaysia bakal tawar insentif bagi industri pembuatan cip

Kerajaan Malaysia akan terus menyokong industri pembuatan cip. (Gambar hiasan: REUTERS/Kim Kyung-Hoon)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Malaysia merancang insentif bagi industri semikonduktor domestik pada Julai, lapor media negara pada Rabu (21 Mei), memetik Menteri Perdagangan negara itu.

Namun, Menteri Perdagangan Tengku Zafrul Aziz mengatakan bahawa beliau belum dapat memberikan butiran lanjut pada masa ini, tetapi menyatakan bahawa kerajaan akan terus menyokong industri pembuatan cip, menurut laporan agensi berita Bernama.

Malaysia merupakan pemain utama dalam industri semikonduktor, merangkumi 13 peratus daripada aktiviti ujian dan pembungkusan global. Negara itu juga berjaya menarik pelaburan bernilai berbilion dolar daripada syarikat-syarikat terkemuka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk Intel dan Infineon.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita